Penggunaan ICT hampir meliputi seluruh urusan sesebuah negara seperti pengurusan pentadbiran kerajaan, pembangunan negara, meramal perkembangan ekonomi negara dan sebagainya. Walaupun penggunaannya amat meluas, masih terdapat segelintir masyarakat kita yang masih belum mendapat pendedahan tentang penggunaan ICT dalam kehidupan harian dan ada juga yang masih sangsi dengan kemajuan teknologi sehinggakan masih mengamalkan corak konvensional dalam pengurusan aktiviti harian. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun sedang mengamalkan prinsip globalisasi, sememangnya Malaysia perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan ICT yang terkini supaya tidak ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain. Kemahiran ICT amat penting untuk mencapai wawasan negara dalam melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan profesional (Megat Aman Zahiri Megat Zakaria, Baharudin Aris, Jamalludin Harun, na). Justeru itu, pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam menyediakan platform serta kemudahan ICT kepada masyarakat dan memberi galakan kepada penggunaan ICT secara menyeluruh.
Posted at 07:14 pm by alif73
Permalink